Kisah percubaan membunuh Rasulullah s.a.w di Kaabah

 

Pada suatu hari, orang-orang kafir berkumpul di rumah Abu Jahal. Tiba-tiba datanglah seorang yang bernamaThariq dan berkata, Betapa mudak bagiku membunuh Muhammad.

Bagaimana cara hai Thariq ? Tanya Abu Jahal.

Sekarang Muhammad sedang bersandar pada dinding Kaabah. Jika salah seorang dari kita pergi ke sana dan naik ke dinding Kaabah kemudian melempar batu besar dari atas dinning itu pasti akan remuk kepalanya seketika itu juga.

Mendengar saranan itu, maka berdirilah seorang pemuda yang tegap badannya seraya berkata dengan lantang, Hai Thariq, bagaimana kalau kau saja yang membunuhnya. Aku pun setuju kalau kau yang membunuhnya.

Mendengar kata-kata Syihab itu, rakan-rakan mereka yang laian menyahut bersetuju. Jawab Thariq, Aku rasa engkaulah yang patut membynuhnya kerana aku yang memberitahu cara-caranya.

Akhirnya Syihab pun bersetuju, tanpa membuang masa Syihab pun pergi ke Kaabah. Dengan diam-diam, dia terus naik ke atas Kaabah tanpa disedari oleh sesiapa pun. Setelah sampai di Kaabah, dia pun terus melemparkan batu yang dibawanya ke arah Rasulullah s.a.w.

Dengan kehendak Allah, batu yang dilempar itu melayang-layang di udara tidak turun-turun seperti kebiasaannya jatuh ke bumi. Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w bangun dari tempatnya, batu itupun jatuh bergelimpangan di tepi Kaabah.

Melihat hal demikian, Syihab pun berasa terlalu hairan, dengan penuh rasa kebenaran dan kehairanan, dia pun turun dari dinding Kaabah itu. Dia segera mengadap Rasulullah s.a.w dan menyatakan masuk islam.

 

 

BACK

KE LAMAN UTAMA