falak dan astronomi

 

Walaupun setengah orang Islam tetap merujuk ayat-ayat Al Quran yang mengatakan matahari beredar di garis orbitnya tetapi ayat-ayat itu tidakpun mengatakan matahari beredar mengelilingi bumi, ia menyebut bahawa "tidaklah matahari mendapatkan bulan....masing-masing di atas falaknya" (Yasin: 40). Inilah yang susahnya jika setengah orang Islam suka menakwil dengan cara yang tak betul dengan apa yang hendak dimaksudkan oleh Al Quran. Sains astronomi moden tidak pun mengatakan matahari tidak beredar bahkan dalam fakta astronomi moden, matahari sebenarnya mengelilingi pusat galaksi dalam tempoh 220 juta tahun untuk melengkapkan satu pusingan berdasarkan kelajuan orbit matahari iaitu kira-kira 274 km/saat (170 batu sesaat). Oleh kerana matahari itu sangat besar, bagaimana mungkin kita di bumi ini hendak melihat matahari itu benar-benar berjalan di atas orbitnya? Sebab itulah Copernicus menganggap matahari 'tidak beredar' dan sebagai satu pusat di mana bumi dan planet-planet lain beredar mengelilinginya. Ini adalah satu konsep untuk menjelaskan dengan sebaik mungkin perjalanan sistem suria.

Pemahaman yang mengatakan bumi tidak beredar tetapi diam di atas paksi bukanlah hendak dikatakan sebagai tidak benar. Fahaman ini berasal dari Ptolemy, Yunani dan tamadun Islam silam telah mengadaptasi dan masih menerimanya tetapi tidak menolak terus kerana saintis Islam silam sebenarnya masih tidak begitu pasti benar atau tidak teori Ptolemy ini. Terdapat dua konsep yang akan saya terangkan nanti iaitu geopuatan (epikitar) dan heliopusatan. Namun, saya ingin bertanya anda... jika bumi tidak beredar mengelilingi matahari, bagaimana mungkin akan terjadinya empat musim yang nyata di atas permukaan bumi iaitu musim panas, bunga, luruh dan dingin? Cuba fikir dan renungkanlah kembali hakikat ini.

 

 

`

WELCOME

KITARAN PLANET