SAINS DAN AL-QURAN(ISLAM)

Islam & Sains



Pemikiran barat kini sedang berdepan dengan pertelikahan diantara agama dan sains. Mustahil untuk pemikir barat menerima hakikat bahwa agama dan sains boleh bergerak seiring. Kitab Bible yang dipercayai penganut Kristian menegaskan pohon larangan yang Nabi Adam ('alahi salaam) ditegah memakan buahnya ialah pohon ilmu. Justeru, selepas baginda memakannya, baginda mendapat ilmu yang tidak diketahui sebelumnya. Atas sebab inilah Eropah membazirkan dua kurun (2000 tahun- penterjemah) berdebat samada mahu atau tidak menerima ilmu saintifik yang dipelopori orang-orang Islam.


Institusi gereja menegaskan usaha mengkaji ilmu saintifik ialah sebab utama 'dosa asal' ('original sin'). Para bishop (ahli agama Kristian) mengemukan bukti dari kitab Perjanjian Lama ('Old Testament) bahwa selepas Nabi Adam alaihissalam memakan buah larangan tersebut dan mendapat sedikit ilmu. Lalu Allah
murka dengannya dan tidak mahu mengampunkan dosanya. Justeru, institusi gereja menolak ilmu saintifik dan menganggapnya sebagai suatu perkara yang perlu dijauhi.


Akhirnya, selepas golongan tidak percaya Tuhan ('free thinker) dan ahli sains barat berupaya mengatasi kuasa gereja, mereka membalas dendam dengan mengambil pendekatan yang berlawanan dengan pendirian gereja dan mengekang apa jua pengaruh ugama. Mereka bertindak melalui jalan yang ektsrim demi mengatasi kuasa gereja dan mengurangkan pengaruh gereja menjadi entiti yang kecil dan tidak penting.


Oleh itu, jika anda berbincang isu ugama dan sains dengan seorang barat, dia akan terpinga-pinga. Orang barat tidak tahu mengenai Islam. Mereka tidak menyedari bahwa Islam memberi kedudukan tinggi kepada ilmu dan mereka yang berilmu, menganggap mereka sebagai saksi, selepas malaikat, kepada pernyataan tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah
, seperti firmanNya bermaksud:


Bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia